Kes-kes harian yang dialami oleh kebanyakan pengguna Bas T305 laluan WANGSA MAJU KE UKAY PERDANA .
1- Pemandu bas menggunakan kata-kata kesat terhadap pengguna contonhnya perkataan
' BONGOK ' dan ' BODOH ' kepada pelajar atas alasan remeh dan tidak diterima logik akal . Justeru wajar memberi amaran keras kepada pemandu bas T305 bernama Mohamad Ikhram bin Mohammad kerana sering bersikap kurang ajar terhadap pengguna dan tidak memenuhi etika pemandu yang berwibawa .
2- Jadual tidak tetap seiring dengan janji bahawa 1 bas setiap 20 minit . Seperti contoh penduduk ukay perdana terpaksa menunggu bas selama 1 jam ( tidak termasuk apabila bus rosak ) terutama waktu pagi iaitu kemuncak untuk pelajar pergi kesekolah dan pengguna ketempat kerja .
3-Pemandu bas tidak bersifat rasional dan berperikemanusiaan . Contohnya , bas sering lewat tiba menyebabkan terlalu ramai penumpang sehingga tidak berhenti apabila ditahan dengan alasan ' BAS PENUH ' menyebabkan kami terpaksa menunggu bas seterusnya .
konklusinya , Kami dari pengguna berharap aduan kami didengari oleh pihak yang bertanggungjawab . sekian ,
salam satu malaysia :)
p/s : silap besar lah kau pakcik hari nieh buat hal dengan akuh ! -_-
No comments:
Post a Comment