27.11.10

Pelajar SPM maut pulang dari kelas tambahan

* Arwah pulang dari rumah orang tuanya di Kg . Baru

* Lori yang dipercayai melanggar arwah .

* Naimulah Kamarolzaman

* Beg yang memuatkan nota tusyen dan telefon bimbit arwah .


Terkejut , kaku , hiba , tak percaya . Semuanya bermain dalam minda Sha . Siapa sangka , seawal umur 17 arwah pergi meninggalkan keluarga , saudara dan sahabat handai . Benarlahh kata orang . Maut itu menjemput sesiapa tanpa mengenal umur . Bertambah sayu lagi apabila arwah tak sempat menghabiskan paper spmnya .

Arwah kemalangan sewaktu dalam perjalanan pulang dari rumah orang tuanya di Kg . Baru kira-kira pukul 11 malam . Arwah yang tinggal bersama datuk dan neneknya di Au4 keramat , baru sahaja selesai dari kelas tambahan di setiawangsa . Sewaktu dalam perjalanan pulang , motor yang dipandu arwah gagal di kawal dan terbabas . Arwah terjatuh sebelum digilis lori dari arah bertentangan . Arwah meninggal serta-merta di tempat kejadian .

Arwah yang memang terkenal dengan sifat pemalu ini merupakan anak ketiga dari 8 orang beradik . Arwah bukan lah seorang yang sombong dan pemurah dengan senyuman . Arwah pernah terjatuh tangga di depan mata Sha dan rakan-rakan . Dan sejak tuh Sha selalu mengusiknya . Kalau terserempak arwah di tengah jalan . Pasti ada sahaja dialog Sha untuk mengenakan arwah dan semuanya di balas dengan senyuman . Berada di kelas 5P1 , arwah bukan seperti rakan sekelasnya yang lain . Arwah bukan kaki lepak dan ponteng ! Arwah lebih gemar mendekatkan diri dengan buku dan perpustakaan . sebaik mengetahui pemergian arwah beberapa kenalan berkata ;

"
ALLAH lagi sayangkan dia . DIA tak sempat nak amik paper kesukaan dia , matematik " - Fatimah Talib

"
Baru je jumpe dier kot ? Mari kite ramai-ramai jawab paper math demi Naim . " - Fendi Zackhry

" Anak-anak semua . Jangan patah semangat . Teruskan azam dan semangat yg ditunjukkan oleh Naim . Juga teruskan juga hasrat arwah utk masuk universiti . "- Siti Fatimah Othman


Kini tiada lagi senyuman , tiada lagi hilai tawa . Arwah telah pergi meninggalkan kita buat selamanya . Al-Fatihah ;(

p/s : Allah merahsiakan tarikh kematian kita kerana ,
DIA nk uji manusia adakah manusia
bersedia atau tidak dan ia juga adalah
salah satu dari kasih sayang Allah untuk kita
untuk DIA terus memberi peluang kepada kita
untuk meningkatakan amalan dan membawanya ketika mati .






2 comments: