9.5.10

etika pembeli

pernah tak korang terpikir yang adakah kau orang semua ini pembeli yang baik ? yang berbudi bahasa dan menyenang kan semua orang ? kalau pernah bagus la . nak tau kenapa ? sha perhatikan pembeli di malaysia ni sangat mementingkan diri . mungkin tanpa sedar atau pun atas kesedaran mereka sendiri . yang pasti ada beberapa sifat yang ketara gila dalam diri pembeli di MALAYSIA ni yang sangat ta disenangi oleh sha .


1 . TAK PEKA .

serba maklum rakyat malaysia nieh terkenal dengan kesibukkan mereka dengan kerja harian and segala bagai perkara , tapi ituh bukan satu platform yang memberikan mereka peluang untuk tangkap muat je . seperti contoh , meraka selalu membeli barang tanpa memastikan barang itu berada dalam kondisi yang baik atau berfungsi sepenuhnya ? dan apabila mereka tersedar . mereka akan meminta untuk menukar barang dengan muka tak malunya .

2 . TENGOK-TENGOK .

tidak salah kalau kita masuk ke sesebuah kedai tuh dengan niat sekadar untuk melihat-lihat . perkara ni sering di lakukan oleh semua orang termasuk sha sendiri . tapi menjadi kesalahan apabila niat kita untuk tengok-tengok nieh menjadi bahana pada orang lain . contohnya , apabila membawa anak kita masuk ke sesebuah kedai yang di penuhi dengan cenderamata . sebagai budak apa lah sangat yang mereka tau ? mereka bukan dapat menentukan sama ada mampu atau tidak barang itu dimiliki . jadi kepada ibu bapa semua , kalau rasa-rasa peruntukkan untuk membeli barang untuk anak-anak uh tiada . tak perlulah bawa anak tuh masuk . menyusahkan kami semua untuk mendengar jerit tangis anak kau orang uh apabila tak dapat apa yang di miliki .

3 . PILIHAN TERBAIK .

ibu dan bapa memang mempunyai hak untuk menentukan sama ada sesuatu perkara tuh baik atau buruk kepada anak mereka . dan semestinya mereka ingin kan yang terbaik tetapi patut ke sampai colour payung anak pun harus ditentukan ? biru atau hijau ? -_-
sedarlah ibu bapa semua . anak-anak kini sudah cukup bijak untuk memilih . cukup la sekadar memberi bimbingan . tidak perlulah terlalu mengonggkong sangat . sampai kadangkadang , pilihan kau orang uh mungkin yang terbaik untuk kau orang , bukan anak kau orang .

4 . LAMBAT .

perkara ini adalah yang paling sha ta boleh tahan antara semua . kadangkadang bila berdepan dengan situasi nih . rase nak hempuk je muka customer dengan hill 3 inci . bayangkan kalau , sekadar untuk membeli 2 barang sahaja makan masa sejam untuk membeli . ouh plisssss !
yang amat menyakitkan hati lagi apabila . sudah berada di kaunter pembayaran masih lagi buntu mahu membeli yang mana satu . wahai pembeli , pastikan bila kau orang sudah yakin dengan barang yang kau orang inginkan . barulah kau orang datang ke kaunter pembayaran . meski kami memang di bayar untuk melayan kamu tapi ituh tidak bermakna kami tidak mempunyai hak untuk berkata-kata . kami masih punya ramai customer untuk kami beri perkhidmatan . bukan untuk melayan kau orang punya karenah je .

5 . TAK HORMAT .

kes terakhir uh sangat biasa di dengar . kempen besar-besaran pun ta guna sebab memang masih ada pembeli malaysia yang tidak bersopan . ingat lah selalu . hidup ni bukan tentang kau orang jea . ada lagi makhluk lain . belajarlah untuk hormat orang baru kau orang akan di hormati . tak salah berbaik sesama manusia . dan bila kau orang menyenangkan kerja kita orang . kita orang pun senang hati nak memberi perkhidmatan yang baik . BTW , kuasa veto yang kununya " customer always rite " dah tak releven untuk digunakan buat masa kini . cubalah untuk menjadi seorang pembeli yang bijak . apa guna kerajaan menyiarkan iklan untuk kita menjadi pengguna yang bijak kalau tidak mengaplikasikannya . akhir kata , ingat la sebelum kena ! sekiannn .

* sebelum pergi sekolah ambik sarapan , ingat ! jangan potong barisann :D



p/s : Happy mother's day to my mum . ily <33

No comments:

Post a Comment